Wednesday, 12 October 2011

Bayaran Tambahan Bil Jalur Lebar

No Siri : A1101011-11
Nama : Shahrun Nizam bin Shahrir

Aduan: Dimaklumkan bahawa saya dikenakan bayaran tambahan cetakan bil sebanyak RM 2.00 bagi setiap kali bil jalur lebar dihantar secara pos ke rumah sejak beberapa bulan ini. Pada waktu belian dan bulan-bulan awal perkhidmatan jalur lebar tidak memaklumkan tentang bayaran tambahan bagi cetakan bil yang dihantar ke rumah. Jadi, sejak beberapa bulan awal tahun 2010, saya tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan. Saya memohon jasa baik tuan untuk membuat bantahan dan menghapuskan bayaran tambahan bagi cetakan bil jalur lebar tersebut kerana ianya membebankan pengguna seperti saya.

sekian dan harap maklum.

terimakasih.

yang benar

Sharun Nizam bin Shahrir

No comments:

Post a Comment