Assalamualaikum,Telefon bimbit saya telah menerima sms mengenai waktu solat dari penghantar bernombor 32988 semenjak 17 April 2010 yang lalu dan mengenakan caj RM0.30 setiap hari. Masalahnya saya tidakpun pernah memohon dihantarkan sms tersebut dan tidak pernah memberi kebenaran mengenakan caj RM0.30 kepada pengirim yg hanya dikenali sebagai 32988. Saya telah menjawab demgan sms 2 kali supaya memberhentikan hantaran sms tersebut tetapi masih juga dihantar.
Saya juga telah menelifon nombor tersebut 2 kali tetapi nombor telefon sebenar yang diberikan oleh peti suara tidak tepat dan tidak dapat dihubungi. kemudian saya telah membuat aduan dengan CELCOM di talian 1111 pada 21.04.2010 supaya menolong agar pihak ketiga yang menghantarkan sms dan caj tersebut diberhentikan serta merta.
Hingga hari ini saya masih menerima sms dan caj tersebut. Pada hemat saya walaupun jumlahnya kecil, tetapi berterusan dan perbuatan tersebut adalah haram dari segi undang-undang dan agama kerana ia tidak mendapat kebenaran dan tidak pun ada apa-apa kontrek persetujuan. Ini adalah suatu penganiayaan.
Saya percaya mungkin ada pengguna telefon bimbit lain juga menjadi mangsa yang sama. Saya berharap agar PPIM dapat menyiasan perkara ini supaya para pengguna tidak teraniaya oleh pihak yang tidak dapat dikenali atas nama agama (waktu solat). Wassalam, Terima kasih,
Abd.Rasid H.P 019 315 7001
No comments:
Post a Comment