Thursday, 13 October 2011

Khidmat Pelanggan biadap

Maxis menipu pengguna dan biadap terhadap pelanggan. Saya subscribe internet pakej 100MB/Month berharga RM18. Kalau saya pakai sebulan dan jumlah penggunaan just nice 100MB atau kurang saya hanya akan dikenakan RM18. Setelah 5 hari saya langgan, saya tak tahu berapa penggunaan semasa, dan takut terguna lebih dari 100MB, jadi saya telefon Maxis Hotline No. 123.. 
 
Sya tanya berapa kah yg telah saya guna? Mereka kata kami tidak boleh check, (saya tinggal pernah tinggal di Saudi, disana kita boleh menyemak bila2 masa sahaja, maxis masih mundur lagi dari segi fasiliti), jadi oleh krn tidak boleh check saya pun unsubscribe pakej setelah 5 hari guna.. nak tahu apa jadi..line saya kena bar, saya takleh nak call out... kenapa? saya dah kena charge RM250..ha ha ha..Menipu di siang hari.. 
 
Anda nak tahu kenapa? penggunaan kita akan di caj secara prorate..bererti 100MB/30 hari 3.3MB sahaja yang saya boleh guna sehari..ofkos lah saya guna lebih dari 3.3MB sehari.. ini menipu namanya..kalau kita guna sebulan baru RM18, atau kita ambil pelan yang paling mahal sekalipun bari seratus lebih... ini saya dicaj RM250 (maksimum capped).. Kita nak cek penggunaan semasa, takde sistem katanya..tapi bila dah lebih guna, ada pulak sistem nak bar line kita..ini lah namanya penipuan..dia ingat semua orang bodoh IT..
 
bila saya call kata nak tulis kat semua akhbar..operator nama Wahyu agaknya..terus putuskan talian..kan ke biadap namanya tu..saya demand dia mintak maaf, saya call semula, kawan2 operator dia kata dia dah try call saya 10 kali..sedangkan sekali pun hp sy tak berbunyi..ha ha.. memang biadap. Sampai bila Maxis nak untung dgn cara menipu orang macamni..dah lah Khidmat Pelanggan biadap..

Nor Ashraf <acopanim@gmail.com>

No comments:

Post a Comment