Akaun No : 102044930
Nama Pemegang Akaun : Asnita bt Mahad
Masalah Sambungan dan Signal Yang Lemah
Saya mengalami gangguan perkhidmatan yang terpaksa di lalui setiap hari dan setiap masa.Saya juga telah mengikuti arahan agar modem di letakkan di tepi tingkap yang terbuka.Sekarang saya bukan lagi menempatkan modem di tepi tingkap , tetapi saya telah meletak modem tersebut di luar tingkap.Masalahnya masih sama.Sambungan masih terlalu lemah dan sering terputus-putus, kadang-kadang terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk mendapat sambungan.
Saya tidak membuat bayaran kepada pihak P1 untuk mendengar cerita “masalah teknikal” yang selalunya di ceritakan oleh bahagian Customer Service.Saya juga tidak melakukan pembayaran kepada pihak P1 untuk melihat skrin komputer yang kosong akibat masalah “connection”yang sering sahaja menunjukkan signal merah.Signal hijau cuma sempat di nikmati ketika tempoh percubaan 7 hari yang di berikan, setelah membuat bayaran untuk bulan pertama, signal hijau tadi sering bertukar ke signal merah, kadang-kadang kuning dan jarang sekali melihat signal hijau.Aneh.Kenapa signal merah dan kuning tidak pernah muncul ketika tempoh percubaan dulu?
Jika benar P1 mengalami masalah teknikal, itu sebenarnya bukan masalah saya.Saya bayar untuk perkhidmatan.Kenapa tanpa segan iklan gah di kaca televisyen meminta agar “di potong”perkhidmatan dari syarikat lain jika P1 sendiri sebenarnya harus “di potong”? Sidang media bergegar, di jemput wartawan dan di terangkan segala kehebatan, di sembunyikan keburukan.Setelah pengguna seperti saya terhasut, lalu mendaftar, maka bencana pun tiba.
Saya bayar dengan wang yang di cari dengan melakukan pekerjaan, bukannya wang dari Magnum dan Sport Toto.Sebagai pengguna, saya berhak mendapat perkhidmatan mengikut bayaran yang di lakukan.
Pada petugas yang membaca email ini, anda sebenarnya kuli saya.Saya boss anda dan boss anda juga adalah pekerja saya.Saya membuat bayaran.Tanpa saya dan pengguna lain, anda dan boss anda juga akan mencari nafkah di kilang sebagai operator pengeluaran atau buruh bawahan tukang mengangkat beban.
Kepada pihak persatuan pengguna,
Masalah ini tidak melibatkkan wang jutaan ringgit.Masalah ini juga tidak melibatkan pemimpin yang mempunyai kemegahan nama.Sekarang, terpulang kepada pihak persatuan untuk membantu jika suka.Yang di tipu bukan juga duit poket atau saudara pihak persatuan, yang di tipu mereka adalah duit saya, seorang rakyat Malaysia yang di beri kad pengenalan yang sama bentuk dan warna seperti kad pengenalan ahli persatuan pengguna semua.
Terima kasih
b/p : Asnita bt Mahad
Shahrulnizam Abd Hamid
Tel No : 012-3943467
No comments:
Post a Comment