Wednesday, 12 October 2011

P1 Wimax Tipu...

Salam/Good Day,

Saya Mohd Fuad Bin Sanusi bernombor kad pengenalan 870112-14-5407 ingin membuat aduan tentang perkhidmatan yang pihak syarikat (P1 Wimax) berikan. Sila amati jalan cerita di bawah:-

Pada 22/09/2010 (Rabu), saya melayari laman web http://www.p1.com.my untuk melihat plan atau pakej yang P1 sediakan. Lalu saya klik Sales Chat dan pada ketika itu Mr Edmund Tan melayani saya di dalam sales chat itu (Lihat lampiran skrip chat saya).

Permasalahan timbul apabila barang yang saya order masih belum sampai. Saya di beritahu oleh Pegawai Khidmat Pelanggan yang saya hubungi pada 24/09/2010 & 27/09/2010, setiap penghantaran mengambil masa 3 hari. Untuk pengetahuan saya membuat pesanan pada 22/09/2010. Pada 24/09/2010, datang seorang perempuan dari syarikat kurier iaitu Airpark Worldwide Express kerumah untuk menghantar pesanan, namun beliau tidak menghubungi saya atau orang lain (seperti yang saya maklumkan kepada Mr Edmund di dalam Sales chat pada hari saya membuat pesanan). Lalu wakil dari syarikat kurier itu pulang tanpa memberikan barang pesanan saya kerana masalah dokumen sokongan (salinan IC saya tidak disertakan). 

Persoalan saya, Mengapa tidak tinggalkan sebarang nombor untuk saya hubungi? Jika lihat lampiran skrip Sales Chat saya bersama Mr Edmund, saya ada bertanya nombor yang boleh saya hubungi untuk semak status penghantaran, namun Mr Edmund tidak memberikan.

Pada hari ini 27/09/2010, Seorang lelaki (wakil dari syarikat kurier) menghantar barang pesanan saya setelah saya membuat aduan melalui Pegawai Khidmat Pelanggan P1 Wimax (Customer report no.C-211690) di sebelah pagi pada hari yang sama. Namun barang yang di hantar hanyalah device P1 Wiggy sahaja. Jika semak kembali skrip saya di sales chat bersama Mr Edmund sepatutnya barang yang di hantar adalah P1 Wimax + IT Travel Kit.

Persoalan saya, jika amati skrip Sales Chat saya bersama Mr Edmund, saya merancang untuk membeli pada cukup bulan namun apabila Mr Edmund mengatakan:-

Me: is there any nearest authorised reseller or i just can order online?

Edmund Tan [agent]: u cango to reseller there and buy but u wont able to get the hfree gift from them because free gift only exclusive for online chat rm100 upfront you can pay by credit/debit card

Me: the promotion until when? other than debit/credit card? can i pay thru maybank2u.com?

Edmund Tan: travel kit while stock last

Lalu saya bersetuju untuk membeli melalui atas talian. Tapi apabila barang di hantar, lain jadinya.

Saya mohon tindakan segera pihak yang berkenaan. Saya mohon barang yang di janjikan IT Travel Kit di serahkan seperti yang dijanjikan serta saya mahu tindakan yang sewajarnya kepada yang berkenaan agar perkara ini tidak berulang.

Sekian,

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment