Thursday, 6 October 2011

Roaming charges

Saya telah menggunakan mobile-internet semasa berada di Vietnam. Saya telah membeli pakej maxis internet RM2/jam. Saya menggunakannya sebanyak 3kali = RM6. Tetapi saya terkejut sebaik sahaja menerima bil telefon untuk bulan Julai ini (RM2192.30).

Saya telah membuat aduan kepada pihak Maxis Customer Service, tetapi mereka cuma boleh mengurangkan bayaran bil telefon saya sebanyak 50%.

Saya terasa teraniaya kerana sistem Maxis tidak mengeluarkan notis charge roaming untuk internet, sebaliknya sistem Maxis menerima pembelian pakej internet RM2/jam. (Ketika itu saya menganggap penggunaan internet saya dicaj sebanyak RM2/jam). Tolong bantu masalah saya kerana saya tidak mampu dan sepatutnya membayar jumlah tersebut kerana kesilapan sistem Maxis menyebabkan saya rugi banyak yang sia-sia.

No comments:

Post a Comment