Thursday, 6 October 2011

TAWARAN

Saya pergi keTesco dan telah membeli 2 bungkus tisu dapur (kitchen towel) berdasarkan harga jualan murah RM4.99 sebungkus seperti dipamirkan di rak di mana bungkusan tisu-tisu tersebut diletakkan. Hanya apabila saya keluar dari pasaraya tersebut saya menyedari bahawa harga tisu tersebut adalah RM8.75 sebungkus.

Saya kemudiannya pergi ke pasaraya tersebut dan menemui pekerja yang bertugas.
Pekerja tersebut sahkan bahawa harganya adalah RM8.75 dan harga tawaran RM4.99 adalah untuk tisu muka (facial tissue) yang diletakkan di bahagian bawah rak tersebut (sila lihat gambar). Saya yakin ramai lagi pembeli telah terpedaya berdasarkan jumlah barangan tersebut yang masih ada di rak.

No comments:

Post a Comment