Thursday, 6 October 2011

Wanita warga emas bimbang diancam along

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas kini bimbang keselamatannya terancam selepas sekumpulan samseng along menyimbah cat ke dinding rumahnya di Ampang, dekat sini akibat perbuatan anak angkatnya yang gagal membayar hutang.

Mangsa, Yong Kon Ying, 65, berkata, hidup keluarganya kini dalam ketakutan sejak along terbabit bertindak menyimbah cat merah di depan rumahnya selain mengunci pintu pagar.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, 1 April lalu, Yong tiba-tiba terdengar bunyi bising di luar rumah sebelum keluar melihat apa yang berlaku.
“Saya sangat terkejut melihat pintu rumah serta dinding bahagian depan disimbah cat oleh tujuh lelaki tidak dikenali,” katanya. Menurutnya, kumpulan terbabit turut menampal poster gambar seorang wanita yang dikehendaki kerana berhutang dan mendakwa wanita itu adalah anak angkatnya.

“Saya tidak menyangka anak angkat saya yang tinggal bersama sebelum, tergamak menggunakan alamat rumah saya untuk berhutang dengan Along,” katanya

Menurutnya, dia sudah menghubungi anak angkatnya itu agar segera melangsaikan hutang berkenaan kerana tidak sanggup lagi menghadapi gangguan demi gangguan Along terbabit.

“Along berkenaan bukan setakat mengancam keluarga saya, malah sering membuat kacau di kawasan kejiranan kami,” katanya.

No comments:

Post a Comment