Thursday, 17 November 2011

ADUAN TENTANG PENIPUAN CABUTAN BERTUAH GORES DANAU DESA

YAP
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70x JALAN KERAMAT HUJUNG,
54000 BUKIT KERAMAT,
KUALA LUMPUR.
23/11/11

Tuan,

ADUAN TENTANG PENIPUAN CABUTAN BERTUAH GORES

Merujuk perkara di atas, saya Yap  seorang pelajar dari IPTS ingin menuntut
kerugian. Saya telah ditipu oleh Syarikat E-Agent Service Enterprise sebanyak RM5000.

2. Pada 5/10/2011 jam lebih kurang 12pm bertempat di KL Sentral, KL saya didatangi
oleh seorang jurujual menyuruh saya menggores cabutan bertuah gores dan menang. Saya
bersama dengan dia menaiki teksi ke pejabat mereka terletak di Taman Danau Desa. Dia
telah menerangkan langkah-langkah untuk mendapatkan hadiah. Hadiah tersebut ada kereta
Toyota Camry, Plasma TV ‘42’set ,tilam jade dan tiket pelancongan ke Jepun & Australia
(x2).

3. Jurujual itu meminta saya membayar RM 7600 sebagai cukai kerajaan. Tetapi, saya hanya
mampu bayar RM5000 dan jurujual itu membantu saya bayar RM 2600 dahulu. Saya dan
jurujual itu membuat satu perjanjian dalam ‘black & white’. Kemudian, saya mengeluarkan
wang tunai sebanyak RM5000. Selepas saya membayar RM5000, mereka berkata saya
mendapatkan tilam jade yang bernilai RM10, 000 hingga RM 16,000. Apabila saya nampak
hadiah tilam jade dan Nano Digital Store, saya mendapati barang itu hanya bernilai beberapa
ratus ringgit sahaja. Saya cuba meminta balik RM 5000 yang telah membayar, tetapi mereka
menolak permintaan saya. Tambahan pula, jurujual itu berjanji dengan saya akan menjual
tilam jade itu dalam tempoh seminggu dari 5/10/2011

4.Maklumat tempat kerja penipu yang tepat itu ialah No 5-8 JLN 3/109F Taman Danau
Desa 58100 Kuala Lumpur jika tidak ada kesilapan. Salah satu penipu adalah berumur 17
tahun tinggal di Taman Tangkak Jaya, 84900 Tangkak , Johor yang bernama Chang…

Akhir kata, saya berharap memahami masalah saya kerana saya tidak mampu menanggung
kos pelajaran di IPT. Saya harap aduan saya ini dapat dibalas secepat mungkin.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

YAP K C
(Pelajar Institut Pengajian tinggi swasta)

No comments:

Post a Comment