Sunday, 20 November 2011

SENDIKET PENIPU GORES DAN MENANG - DIBELASAH TERUK

Betapa pengguna kini mula berani menegakkan hak mereka. Pengguna sendiri bertindak membela nasib sendiri. Tak perlu takut. Berani bertempat, takut pun bertempat.

Syarikat Gores dan Menang ini perlu dihapuskan kerana ramai telah tertipu dengan taktik kata-kata manis mereka. Kita hendaklah sentiasa berpesan dan saling ngat-mengingati sesama kita, dan hebahkan segala maklumat tentang penipuan-penipuan yang terus wujud oleh pihak tertentu yang suka mengaut keuntungan dengan goyang kaki sahaja, menindas dan MEMPERGUNA pengguna.


Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah!









KUALA LUMPUR – Gambar-gambar yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah kejadian sebenar amukan sekumpulan mangsa sindiket gores dan menang yang berlaku di sebuah syarikat seumpama itu di Kepong semalam.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) kebetulan sampai di tempat kejadian ketika sekumpulan lelaki yang dikatakan menjadi mangsa bersemuka dengan kakitangan syarikat itu.
Mynewshub.my tidak menutup muka mereka yang dibelasah itu agar anda juga dapat mengenali wajah kumpulan yang menipu anggota masyarakat kita.
Jarang masyarakat Malaysia bertindak seperti ini melainkan tahap kemarahan yang sudah sampai ke peringkat yang tidak mampu dikawal lagi.
Seperti yang kita semua maklum, media dan akhbar tempatan sering melaporkan berita-berita mengenai sindiket penipuan syarikat ‘gores dan menang!’ yang mempedaya orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Kebanyakan mangsa yang tertipu dengan aktiviti tersebut hanya mampu bersabar atau sekadar bertindak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.
Malangnya tidak semua kes yang dilapor berjaya diselesaikan akibat kelicikan sindiket-sindiket seumpama itu.
Namun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Menerusi emel yang diterima Mynewshub.my petang semalam, insiden berdarah melibatkan salah satu sindiket itu dapat dirakamkan dalam bentuk gambar.
Dalam kejadian tersebut, PPIM bersama beberapa orang aktivis CRTF telah berkunjung ke premis syarikat tersebut di Kepong ekoran aduan dari pengguna yang mendakwa mereka diperdaya dan ditipu syarikat itu.
Bagaimanapun, setibanya PPIM dan CRTF di premis tersebut, mereka dikejutkan apabila di’sambut’ dengan bunyi bising.
“Kami terkejut! wartawan yang kami bawa bersama ada yang lari meninggalkan tempat kejadian,” kata seorang aktivis PPIM, Harshnoel Murshim yang dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.

Memberanikan diri, beberapa aktivis PPIM dan CRTF menghampiri premis tersebut dan ‘berpeluang’ menyaksikan pergaduhan yang berlaku di antara kumpulan dipercayai keluarga mangsa penipuan sendiket berkenaan dengan sekumpulan lelaki  dipercayai pekerja syarikat itu.
Bagaikan bertemu buku dengan ruas, pekerja-pekerja yang bersubahat menipu orang ramai itu dibelasah secukup-cukupnya oleh kumpulan lelaki berkenaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM2 juta oleh sendiket berkenaan.

Menurut Harshnoel, kumpulan lelaki yang menyerang ibu pejabat syarikat tersebut dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang manakala pekerja syarikat itu hanya sekitar lima hingga enam orang.
Selain itu, beliau turut mendengar amaran yang diberikan kepada wakil syarikat itu yang mengancam akan mengambil tindakan lebih teruk terhadap mereka sekiranya cuba menipu orang ramai lagi.
“Kau buat lagi kat orang Melayu, kami kasi mati..! Kami tak bagi chance (peluang)..,” kata lelaki tersebut kepada wakil-wakil syarikat berkenaan yang ‘separuh mati’ dipukul.
Enggan melibatkan diri dengan apa yang terjadi, PPIM dan CRTF terpaksa menunda hasrat mereka untuk berbincang dengan syarikat itu yang dikatakan telah menipu seorang pengguna sebanyak RM75,000 baru-baru ini.
Bagaimanapun, PPIM dalam kenyataan yang dihantar melalui emel berharap agar tiada lagi sesiapa yang akan terpedaya dengan kumpulan sindikit seumpamanya di negara ini pada masa akan datang.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

3 comments:

  1. Ini lah akibatnya bila Polis gagal berfungsi, org awam terus di biar teranianya, terpaksa guna undang2 hutan...

    ReplyDelete
  2. E-mel kepada pemilik

    Kami kini menawarkan pinjaman kepada pihak-pihak yang berminat pada kelajuan yang munasabah dengan bantuan dan sokongan dari Bank-Bank kami.

    Kami menawarkan pinjaman bercagar kepada individu dan perniagaan dengan kadar faedah rendah, kami juga menawarkan pinjaman jangka panjang dan jangka pendek. Syarikat kami berdaftar dengan penemuan banyak kelas pertama kewangan pinjaman bagi pelanggan-pelanggan kami dalam bidang penyediaan perkhidmatan dan modal kepada individu dan perniagaan.

    Anda boleh memohon pinjaman dengan cepat di sini dan ianya diterima dengan mudah.Mungkin anda memerlukan kad kredit, penyatuan hutang, rumah peningkatan, pembelian kereta baru atau terpakai, rumah baru, objektif pelaburan/perniagaan atau pun cuti.Kita boleh upgrade ke? Euro 50 juta untuk membiayai projek-projek yang pelbagai.

    Skim pinjaman kami > tagged "pinjaman di bawah dua minggu", setiap pelanggan, kedua-dua tempatan dan antarabangsa, adalah jaminan untuk mendapatkan pinjaman dari Syarikat ini

    Pihak yang berminat perlu Sila berikan kami dengan maklumat berikut:

    Nama:
    Negara:
    Alamat/hubungi
    Nombor telefon:
    Pekerjaan:
    Jumlah pinjaman:
    Tempoh pinjaman:
    Pendapatan bulanan:
    Umur

    Ketelusan adalah yang menyebabkan kita dalam pertandingan ini. Sila hantarkan permohonan pinjaman anda menggunakan loanfirmorg2014@yahoo.com ini untuk maklumat lanjut mengenai program pinjaman kami.

    Menganggap

    ReplyDelete
  3. `Nama saya Karina Agus, tinggal di Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk memberi amaran kepada semua mereka yang ingin mendapatkan pinjaman untuk berhati-hati tentang penipu kerana mereka adalah bulan everywhere.Few lalu saya dari segi kewangan ke bawah, dan karena kebutuhan saya, keadaan terdesak dan kemiskinan , saya telah scammed oleh beberapa firma yang dipanggil pinjaman di dalam talian. Saya kehilangan harapan tidak sehingga seorang teman saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman sangat handal dipanggil Puan Clara Alderman yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari $ 79,000 dalam masa 24 jam tanpa sebarang tekanan, pada awalnya itu seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat amaran ini ansuran pertama saya 2 jam selepas saya pakai. Saya menyeru rakan-rakan indonesia yang memerlukan pinjaman untuk membantu kenalan Mrs.Clara melalui: claraloans@financier.com
      Hati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: Karinaagus2@gmail.com

    ReplyDelete