Thursday, 6 October 2011

LABUR LEBUR

KUALA LUMPUR - Labur RM30,000 dapat RM60,000.

Ghairah mendengar keuntungan tersebut, seorang peniaga mendakwa akhirnya menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan langsung dan kini terpaksa menanggung hutang kira-kira RM300,000.
Kes pertama: Sani (bukan nama sebenar), 23, mendakwa, pulangan lumayan selain keinginan hidup mewah menyebabkan ahli keluarganya sanggup membuat pinjaman bank untuk menyertai syarikat tersebut.

"Sudahnya saya dan ahli keluarga yang menyertai syarikat terbabit terpaksa bergolok bergadai apabila syarikat tersebut gagal menunaikan janji membayar balik wang yang dilaburkan.

"Lebih teruk lagi, hubungan saya dengan ahli keluarga semakin renggang kerana saya yang menarik mereka menyertai syarikat tersebut," katanya pada sidang akhbar di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.

Dakwa Sani, syarikat itu masih lagi beroperasi dan giat menjalankan kegiatan penipuan mereka menggunakan nama syarikat lain tetapi masih mengekalkan modus operandi yang sama.

ADUAN GORES DAN MENANG

Saya dan suami telah didatangi oleh seorang menawarkan cabutan. Tapi saya kena bayar RM4000. Saya cuma bayar RM3000 dan cabutan itu saya menang barang letrik. Saya tak ambik , dia janji akan jualkan.

Lepas dua bulan tak ada apa-apa. Tapi pada 3 Jan 2010 , seorang bernama Mr.Lim beritahu saya barang dah dijual , RM13890. Saya kena bayar RM1390 , baru dia masukkan cek. Lepas tu dia minta lagi RM1000, untuk cukupkan RM4000 yang sepatutnya saya bayar. Lepas tu dia tak bagi juga. Tak lama lepas tu dihubungi saya dan akan bagi RM30000 tapi dia minta RM3000.

Saya tak bagi tapi seseorang telah ugut saya bahawa Mr.Lim telah ditangkap polis kerana mencuri cek dan saya diugut bersubahat. Saya tahu dia menipu sebab dia kata cek tu ada pada Mr.Lim dan akan di bank in bila dia keluar lokap. Saya tak layan. Baru-baru ni dia (Mr.Lim) hantar msg nak bg balik duit yg saya dah bagi tapi kena bayar RM80. Saya bayar dia, kata dia bank in pada hari Rabu ptg. Kemudian , dia bagitahu akan bagi RM8000 kalau saya bayar RM150. Saya bayar. Dia kata dia bank in hari Khamis.

Pada hari jumaat (12/3) dia call saya dan ada sebuah kereta Toyota Camry .Dia kene cari pemenang sebab company tak akan dapat lesen lagi. Dia minta RM2000. Saya tak mampu tapi dia pujuk saya dan saya diminta bayar Rm1000 lagi dan dia bayar. Dia kata nanti kereta dijual dan saya akan separuh bayaran. Dia akan dapat separuh. Petang jumaat saya bayar RM1000+RM100 sebab dia kata xckup duit. Dia juga minta RM300 utk urusan JPJ. Dia minta salinan ic dan lesen memandu hari ini.


Penipuan Kad Kredit

Saya dah kena minggu lepas. Nasib baik saya masih waras dan tidak mudah tertipu.

Skrip nya lebih kurang begini :

Ring... ring... (panggilan masuk ke telefon anda)

Bila anda angkat ... akan dengar mesin bercakap :

  "Ini adalah panggilan dari pusat kad kredit AmBank ... tekan 1 untuk menyemak baki kredit, tekan 2 untuk menyemak status kredit , tekan 3 untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan."

Belum sempat kita tekan apa-apa .... orang berkenaan akan meminta kita memberikan nombor kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. Kemudian orang berkenaan akan memberi tahu kita bahawa panggilan ini adalah bagi tujuan pengesahan mengenai pembelian yang menggunakan kad kredit dan beliau mahu kita mengesahkan transaksi tersebut.

Kita sudah pastinya akan menafikan transaksi tersebut kerana kita tidak tahu menahu. Pemanggil itu kemudiannya akan meminta kita membuat lapuran terus ke BANK NEGARA MALAYSIA . Dia kemudiannya akan memindahkan panggilan ke "bank negara" .

Tot... tot ... tot ... Tak sampai beberapa saat "bank negara" pun menjawab. Terus dia minta nombor kad pengenalan dan nombor kad kredit kita bagi tujuan membuat lapuran. Terlalu cekap "bank negara" ini kerana dia telah tahu apakah jenis lapuran yang ingin kita buat, cuma dia perlukan nombor kad kredit kita untuk pengesahan.

Jika kita akal pendek ... kita akan berikan nombor kad kredit kita, maka bermulalah zaman kegelapan kita.

Begitulah modus operandi terkini sendiket penipuan ini. Berkomplot antara "AmBank" dan "Bank negara Malaysia".

Suara lelaki dari "Ambank" adalah seorang keturunan India yang tak berapa fasih bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Suara wanita dari "Bank Negara Malaysia" adalah keturunan Melayu yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Berhati-hatilah ...

TAWARAN

Saya pergi keTesco dan telah membeli 2 bungkus tisu dapur (kitchen towel) berdasarkan harga jualan murah RM4.99 sebungkus seperti dipamirkan di rak di mana bungkusan tisu-tisu tersebut diletakkan. Hanya apabila saya keluar dari pasaraya tersebut saya menyedari bahawa harga tisu tersebut adalah RM8.75 sebungkus.

Saya kemudiannya pergi ke pasaraya tersebut dan menemui pekerja yang bertugas.
Pekerja tersebut sahkan bahawa harganya adalah RM8.75 dan harga tawaran RM4.99 adalah untuk tisu muka (facial tissue) yang diletakkan di bahagian bawah rak tersebut (sila lihat gambar). Saya yakin ramai lagi pembeli telah terpedaya berdasarkan jumlah barangan tersebut yang masih ada di rak.

AIR ASIA

I have tried to call AirAsia Premium Customer Service Line, it was a very very bad service. How could they charging call even though we did not manage to talk to any of the rep? I’m ok if after the call got connected to the customer service agent and then they can start charging.

This is ridiculous service fee of AirAsia. I called and the operator keep on asking me to hold the line. AirAsia should not charging this?

Roaming charges

Saya telah menggunakan mobile-internet semasa berada di Vietnam. Saya telah membeli pakej maxis internet RM2/jam. Saya menggunakannya sebanyak 3kali = RM6. Tetapi saya terkejut sebaik sahaja menerima bil telefon untuk bulan Julai ini (RM2192.30).

Saya telah membuat aduan kepada pihak Maxis Customer Service, tetapi mereka cuma boleh mengurangkan bayaran bil telefon saya sebanyak 50%.

Saya terasa teraniaya kerana sistem Maxis tidak mengeluarkan notis charge roaming untuk internet, sebaliknya sistem Maxis menerima pembelian pakej internet RM2/jam. (Ketika itu saya menganggap penggunaan internet saya dicaj sebanyak RM2/jam). Tolong bantu masalah saya kerana saya tidak mampu dan sepatutnya membayar jumlah tersebut kerana kesilapan sistem Maxis menyebabkan saya rugi banyak yang sia-sia.

Naik harga

KUALA LUMPUR: Harga bawang merah kecil di pasaran naik mendadak dari RM7 sekilogram kepada RM11 sekilogram berikutan dakwaan peruncit dan pemborong yang menyatakan bekalan bawang merah amat sukar diperoleh.

Kenaikan harga tidak munasabah selain kesukaran mendapatkan bekalan bawang merah itu mengakibatkan ramai pengguna merungut dan mempersoalkan kewajaran kenaikan itu kerana bebanan mereka. Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar besar, pasar raya dan kedai runcit sekitar ibu kota mendapati hampir seluruh kedai dan pasar raya mengalami masalah kekurangan bekalan komoditi itu.

Peniaga kedai runcit, Sathish Kumar, 26, berkata masalah itu terjadi sejak seminggu lalu, menyebabkan kedainya tidak menerima bekalan atas alasan harga terlalu tinggi selain faktor cuaca tidak menentu di negara pembekal. Katanya, selain kehabisan stok minyak, kebanyakan peniaga turut mengalami masalah sama iaitu tidak mempunyai bekalan bawang kecil yang menyebabkan ramai pengguna merungut atas perkara terbabit.

Wanita warga emas bimbang diancam along

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas kini bimbang keselamatannya terancam selepas sekumpulan samseng along menyimbah cat ke dinding rumahnya di Ampang, dekat sini akibat perbuatan anak angkatnya yang gagal membayar hutang.

Mangsa, Yong Kon Ying, 65, berkata, hidup keluarganya kini dalam ketakutan sejak along terbabit bertindak menyimbah cat merah di depan rumahnya selain mengunci pintu pagar.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, 1 April lalu, Yong tiba-tiba terdengar bunyi bising di luar rumah sebelum keluar melihat apa yang berlaku.
“Saya sangat terkejut melihat pintu rumah serta dinding bahagian depan disimbah cat oleh tujuh lelaki tidak dikenali,” katanya. Menurutnya, kumpulan terbabit turut menampal poster gambar seorang wanita yang dikehendaki kerana berhutang dan mendakwa wanita itu adalah anak angkatnya.

“Saya tidak menyangka anak angkat saya yang tinggal bersama sebelum, tergamak menggunakan alamat rumah saya untuk berhutang dengan Along,” katanya

Menurutnya, dia sudah menghubungi anak angkatnya itu agar segera melangsaikan hutang berkenaan kerana tidak sanggup lagi menghadapi gangguan demi gangguan Along terbabit.

“Along berkenaan bukan setakat mengancam keluarga saya, malah sering membuat kacau di kawasan kejiranan kami,” katanya.

SIKAP TIDAK BERHATI-HATI MEKANIK

“Kereta produa myvi yang baru saya beli telah dihantar untuk servis kali pertama di pusat perodua pada kira-kira jam 4.00 petang.
Proses servis mengambil masa 1 jam 30 minit. Selepas selesai servis, dalam perjalanan pulang, kereta saya mati enjin di depan lampu isyarat.
Dalam keadaan lalu lintas yang sibuk, kereta saya menghalang lalu lintas dan menyebabkan diri saya cemas.
Selepas 20 minit, dengan bantuan orang awam, didapati wayar pada bateri yang dibuka oleh mekanik di pusat servis perodua tidak dipasang balik dengan ketat menyebabkannya tertanggal dalam perjalanan.

Saya  amat tidak berpuas hati dengan sikap tidak berhati-hati mekanik kerana ini mungkin boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak diingini.”

Unprofessional vehicle repossession tactic

I am writing regarding EON Bank's unprofessional, unlawful and unethical action which has threatened my safety and violated of my rights as a citizen.

Your bank has engaged the service of some credit collection companies who are taking laws into their own hands to solve problems with your customers. While I am also doubtful of a licensed bank's legal right in doing so, I am questioning your practice of resorting to giving out customers' personal details to these third party companies without any control whatsoever on what these people may do. Have you no consideration at all for the implications on your customer's personal safety?

I was driving alone on my way to office when a heavily tinted black Toyota Hilux overtook me. One of the man in the car waived a card at me demanding me to pull over. It then cut abruptly into the front of my car and screeched to a halt, forcing me to stop in order to avoid collision. Not knowing who these people are, I panicked and quickly sped off worrying that I may be about to fall victim to a car-jacking syndicate. The pickup truck chased after me on the LDP and nearly forced me to hit into the highway divider (on the RIGHT lane!). I pressed hard on my car's horn all the way in desperate attempt to catch attention and ask for help. Due to the traffic on the highway, I managed to distance myself from the truck, but not for long.
I pulled over into the Shell station nearby LDP toll Cyberjaya. But before I was able to get out from my car to ask help from the station staffs, the Hilux managed to catch up and stopped behind me. In such situation, I did what was in best interest of my safety. I locked myself inside the car. The Indian men came out from the Hilux and started scolding at me.
At this point, I was still in shock, trembling with tears and had no idea who these people are.
It turned out that these men were representing your bank! They demanded me to hand over the car to them for having lapsed 6 months of monthly installment (which is not true) without showing me any repossession letter! Fearing of my personal safety, I refused and called for help using my mobile phone.
Let me clarify few things here:
  1. I am not the owner of the car! It belongs to my sister.
  2. I was at Japan for the past 9 months and have absolutely no idea what was going on with the car's financing status.
  3. I believe every citizen of this country is protected by laws against such intimidation and forceful engagement amounting to unlawful arrest!
  4. Instead of sending your bank's employee to approach your customer for car repossession, your bank is taking the EASY WAY OUT by giving out personal customer information to such third party companies WITHOUT WARNING. These companies took laws into their own hands and claimed they were REPRESENTING your bank. The response I obtained from your branch officer is that EON BANK is NOT RELATED to these companies. This is not right! EON BANK engaged these companies and AUTHORIZED them to act on behalf of the bank AS SO CLAIMED by these thugs.
  5. Your bank is trying to avoid responsibility by asking me to pursue the matter with these credit collection companies. The root of this problem started from your Bank's action! I believe I have every right to hold EON BANK responsible for having resorted to such unethical and unlawful handling of customers' private information. Such action has implications on your customer's personal safety. What is the difference between illegal loansharks and EON BANK in this case? I shudder to think what will happen to this country if licensed banks are allowed to act such way without checks and control. Banks in Malaysia are turning into loansharks now?
  6. As a result from EON BANK's action, these third party companies (whether they are legal or not is another matter of concern!) are now in possession of my sister's personal information. Those men asked me if the car owner is still working with XXX company and if she is still using the same mobile phone number. These men obviously knew her home address as they managed to tracked me down not long after I left for work.
  7. My sister has to rush to EON bank branch in Subang on that morning itself, to meet with the manager and SHOWED HIM THE PAYMENT that she had made all these while! There was NO 6months lapsed. Around 10:30am, the 2 guys finally left after received a phone call from EON bank.
  8. On the next day, there was a lady from Subang branch called my sister to understand about the incident. According to her, if we would like to demand for an apology, we can contact EON Bank Credit Dept. She even gave my sis the PIC name and contact no. (Does this make sense?)

It was a very frightening experience that shouldn't have happened. I am still living in fear. I am now worried about my family's safety. Please put yourself in my situation. If it can happen to me, it can happen to anyone.
I don't feel at peace or safe anymore with the thought of someone maybe watching and following me. As of today, I have not drive the car on the road. This is all result from your bank's action.

Diugut 'pemilik kereta'

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal tidak menyangka urusan jual beli sebuah Honda Accord menyebabkannya kerugian RM92,000 selain dihantui perasaan takut akibat diugut seorang anggota geng tarik kereta yang menjual kereta itu.
Difahamkan, anggota geng tarik kereta terbabit yang aktif di Shah Alam dan dikenali sebagai Edi, 26, berasal dari Kuala Terengganu kini menetap bersama isterinya yang baru dikahwini di Putrajaya.

Mangsa yang dikenali sebagai Yasmin, 39, berkata dia mengenali Edi melalui seorang lelaki yang mempunyai syarikat menjual kenderaan di Bangi dikenali sebagai Anuar, 40, Oktober tahun lalu.
Menurutnya, Anuar yang turut menawarkan penjualan kereta melalui Internet itu didatangi Edi yang ingin menjual Honda Accord yang didakwa miliknya dengan segera akibat masalah kewangan untuk melangsungkan perkahwinannya.

Katanya, dia yang menjalankan urus niaga jual beli dan sewa kenderaan itu ternampak iklan Anuar mengenai kenderaan Edi itu dalam laman webnya dan membayar wang pendahuluan RM27,000 kepada Edi yang menyamar sebagai pemilik kereta selepas membuat perjanjian sambung bayar dengan disaksikan Anuar.

Beliau berkata, dia menjual kenderaan itu pula kepada seorang lelaki warga Nigeria dikenali sebagai Kilo, 20-an.

“Penipuan pertama Edi diketahui selepas saya membuat pemeriksaan di bank yang mendapati bayaran ansuran kenderaan itu mempunyai tunggakan dua bulan dan saya terpaksa menjelaskannya bagi mengelak tindakan undang-undang.

“Seminggu selepas pembayaran wang pendahuluan itu, Edi bersama tiga rakannya memintas kereta dipandu Kilo di kawasan Seri Kembangan dan mengugutnya dengan besi sambil mendakwa kereta itu mempunyai tunggakan empat bulan dan akan ditarik,” katanya ketika ditemui, semalam.
Yasmin berkata, Kilo menghubunginya dan dia menyelesaikan perkara itu dengan bayaran RM5,000 sebagai wang cagaran.

Namun, ugutan Edi tidak berhenti di situ, malah mengulanginya dua hari kemudian dan kali ini, dia datang bersama seorang rakannya untuk menuntut RM15,000 di hadapan rumahnya, tetapi Yasmin tidak melayan.

Bagaimanapun, lima hari kemudian, mereka mengulangi tindakan sama di Serdang dan cuba merampas kunci kereta daripada Kilo, tetapi dia melarikan diri dan menyerahkan kunci keretanya di Balai Polis Serdang.

“Kami berunding dengannya untuk membayar keseluruhan ansuran berjumlah RM75,000 kepada bank keesokan hari dan meminta jangan mengganggu Kilo, tetapi Edi mengambil balik kereta itu dan berjanji akan membayar RM5,000 yang saya bayar kepadanya pada hari sama.

“Namun, situasi di balai polis juga tidak memihak kami apabila Edi membuat laporan yang mendakwa dia pemilik asal kereta berkenaan sejak 2009 dan mendakwa dia mengambil semula kereta itu kerana saya gagal membayar ansuran bulanan kereta sejak empat bulan lalu,” katanya.

Katanya, polis Edi menyerahkan kenderaan itu kepada Edi dan barangan milik Kilo termasuk sebuah komputer riba, barangan kemas dilarikan bersama kereta itu.

Yasmin berkata, Edi juga tidak membayar RM5,000 dan dia tidak dapat dihubungi selepas itu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas geran kereta itu mendapati ia milik bersama adik lelaki dan kakak Edi dan Edi hanya menyamar pemilik untuk mengaut keuntungan.

Bank Charges

WANT to voice my difficulty when doing banking transaction these days.There seems to be no end to the charges imposed by banks. More often than not, their services are not up to mark. Recently, I received a cheque.

When I went to a bank branch in Shah Alam to bank it in, I was told by a clerk that it would take two working days to clear the cheque. What’s the difference between an in-house cheque was banked in, it would be cleared on the same day. Service charges imposed by various local banks have spiraled out of control since Bank Negara gave them the clearance to decide on the amount.

To those who are drafting policies, please take note that it would certainly pinch the pockets of the working man or women.

ANSURAN TERTUNGGAK?

Abang saya telah membeli sebuah kereta proton wira 1.6 hampir 2 tahun. Sewaktu perjanjian dibuat tarikh ansuran bayaran kereta ditetapkan 22 haribulan setiap bulan sebanyak rm 330.Abang saya mahu menukar kepada 26 haribulan setiap bulan kerana dia mendapat gaji pada 26 hari bulan, setiap bulan.

Tetapi pihak bank mengatakan tidak perlu kerana kelewatan pembayaran ansuran beberapa hari tidak dikenakan bayaran tambahan.Abang saya terus membayar ansuran setiap bula pada 26 haribulan dan tidak pernah tertunggak, tetapi selepas hampir 2 tahun, pihak bank menelifon memberi tahu yang abang saya telah gagal membayar selama 3 bulan.

Selepas pihak bank menjelaskan, setiap bulan abang saya lewat membayar ansuran selama 3 hari dan apa bila dikumpul selama hampir 2 tahun ia menjadi 60 hari  dan dikira sebagai 2 bulan gagal bayar sedangkan ia tidak dinyatakan sewaktu menandatangani perjanjian. Ini dah dikira menganiaya abang saya. Sebagai pengguna apakah hak abg saya.

LOOSING BATTLE

I REFER to the article by Seet Mun Chor on Sept 17 about banks. I would like to share my experience regarding my car loan. I took a loan to buy a Kelisa in April 2002. I have paid instalments for slightly more than four years. Sometimes, I pay late, but I always make sure I clear arrears before it reaches three months.

I always call the bank to inform them of the date of my late payment. Last year, I was cheated by someone and was traumatised. My small business was jeopardised. I had to stop my business temporarily and went after this guy.

I had to spend a lot of time looking for him. Due to this, I failed to pay my instalments. To my surprise, exactly two months and 21 days after my last payment, the bank repossessed my car.
I talked to the bank officer. I showed them the police report I made against the con man and asked them to be reasonable, but they refused. The bank told me to pay the full amount to get my car back.
After two months, I went back with three months payment plus the storage fee. But the bank now told me I had to pay five months instalment.
I told them I could pay another lump sum before it reached three months but they refused. They told me to pay the full amount to get the car back.
I was shocked that they refused to compromise with someone who had paid instalments for four years and four months!
The bank also said according to Schedule 5, if a car owner failed to take back the car within 21 days, it would become the bank’s property. The bank also told me they would send my car for auction.
I told them to hold on and would try to arrange the full payment soon.
Unfortunately, I was not able to make up the whole sum, including the storage fee. Again, I went to the bank to get back my car with what I had. Again, they refused.

It had to be the full amount. They also told me the bank had sent my car for auction.
I found out later that despite sending my car for auction many times, no one bought it.
If my car was sold for a lower price during the auction, I would have to pay the balance. That would be strange because I will have to pay for a car that does not belong to me.
I now see why the bank does not want to compromise. They want the buyer in the auction to pay the balance. Why should the bank care about the problems of the car-buying public? It is easier to get the payment settled at an auction.
The banks in Malaysia are making enormous profits in many ways. They don’t care about people.
I think Bank Negara should introduce guidelines for car buyers depending on the years they have paid. I had paid RM30,264 out of RM40,000 which is the price of the car.
I have wasted RM30,000, because the banks are not interested in customers’ problems.
A lot of people refuse to pay their loans and are willing to be blacklisted. Many are hiding from the banks, changing addresses and cell hone numbers.

People fear recovery officers who are hunting for them. What is the difference between Ah Long and banks sending these recovery officers?

The banking system in Malaysia is meant for the rich. The banks are not interested in helping the struggling businessman who has a cash flow problem and therefore needs time to recover.
What Seet Mun Chor said about banks and Bank Negara is true. The government who looks after the interests of the people should look into disciplining this corporate Ah Long and Bank Negara too. These two buddies are working together to squeeze customers for all they are worth.

FORCING FOR CREDIT

BRIAN, of Kuala Lumpur, is not happy with Hong Leong Bank’s method of "forcing" its clients to apply for a credit card if they wish to open a savings account.
“Recently, I wanted to open a savings account with Hong Leong Bank OUG branch and to my surprise, I was told that I could only open an account if I applied for their credit card,” he says.
BRIAN says he declined to do so as he did not want to manage another credit card.
However, the bank refused to entertain his request without a credit card application form.
“I even told them that I would not activate my card when I receive it, but the girl told me that they can automatically activate it from their end if I don’t do it on my side,” he says.
“I was told that all I had to do was do a minimum of three transactions to get the fees waived for two years.”
BRIAN says the bank was basically forcing consumers.
“I did not have time to debate with them and therefore proceeded to complete the credit card application form.
“I feel that I was taken advantage of and I do not think Bank Negara has such rules. Is it fair to force consumers to apply for credit cards?”

TERPEDAYA OLEH HELAH TELCO

KES 1
Selepas turun dari monorel, saya didatangi oleh sekumpulan pekerja Celcom. Mereka  telah memberi saya simcard Celcom (prepaid) dan mengatakan simcard itu diberi secara percuma kepada saya, malahan didalamnya terdapat RM50 jumlah kredit, sebelum itu saya dikehendaki memberi salinan kad pengenalan. Selepas pulang ke rumah, saya cuba untuk mengaktifkan simcard tersebut. Sebelum itu, saya terlebih dahulu menelefon ke Celcom careline untuk memastikan bahawa simcard tersebut adalah postpaid atau prepaid. Operator  itu memberitahu saya bahawa simcard itu adalah postpaid.

Selepas  mengetahui simcard itu adalah postpaid, saya terus tidak menggunakan simcard terbabit dan saya sedar saya telah ditipu oleh kumpulan celcom terbabit. Selepas sebulan, bil telah sampai ke rumah saya berjumlah RM74.00. Saya terus menelefon celcom careline untuk penjelasan lanjut kerana saya langsung tidak menggunakan nombor tersebut, malahan selepas tinjauan dibuat pihak celcom sendiri memberitahu saya bahawa tiada langsung call-out dibuat dari nombor itu.

Jadi kenapa saya perlu membayar sejumlah RM74.00 sedangkan saya langsung tidak menggunakan nombor tersebut.  Setelah  tidak berpuas hati dan geram, saya mengarahkan pihak celcom untuk batal nombor terbabit. Selepas  sebulan,saya masih lagi menerima bil sebanyak RM40.15. Pihak  Celcom  juga menelefon dan menghantar SMS kepada saya supaya membayar semua bil terbabit dan jika saya enggan membayar tindakan akan diambil.

KES 2
Saya telah menerima simkad celcom blue percuma dari pihak Celcom pada 17 Julai 2011 di stesyen bas medan kidd Ipoh,Perak. Walaupun saya juga pengguna Celcom uox, simkad percuma tetap diberikan. Pihak celcom telah meminta butiran peribadi saya untuk diisi di dalam borang tertentu dan fotostat i/c saya. Mereka juga turut meminta nombor telefon bimbit saya yang lain dan nombor bimbit telefon yang saya telah berikan merupakan nombor Maxis. Pada 24 Julai 2011 dengan secara tiba-tiba, simkad Maxis saya berada dalam status inactive sim.

Pada 26 julai 2011, saya telah pergi ke Maxis Centre untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh simkad Maxis saya. Pihak Maxis telah memberi tahu bahawa simkad Maxis saya telah di pop out oleh pihak Celcom. Saya telah ditipu oleh pihak Celcom kerana telah menerima simkad Celcom blue percuma pada tempoh hari.

Simkad Celcom tersebut telah menggunakan nombor yang sama dengan nombor simkad Maxis. Secara tidak langsung saya telah bertukar menjadi pengguna Celcom blue tanpa disedari. Saya berasa sangat kecewa dan tidak berpuas hati dengan pihak Celcom kerana telah menipu dan memperdayakan saya. Saya merupakan seorang pelajar politeknik. Saya dapat melihat pihak celcom ini telah mengedarkan simkad-simkad percuma kepada pelajar-pelajar politeknik pada beberapa hari yang lepas. Saya juga dapat merasakan ramai orang telah tertipu dengan taktik yang digunakan oleh pihak Celcom.