Thursday, 13 October 2011

CELCOM OH CELCOM....

Assalamualaikum,Telefon bimbit saya telah menerima sms mengenai waktu solat dari penghantar bernombor 32988 semenjak 17 April 2010 yang lalu dan mengenakan caj RM0.30 setiap hari. Masalahnya saya tidakpun pernah memohon dihantarkan sms tersebut dan tidak pernah memberi kebenaran mengenakan caj RM0.30 kepada pengirim yg hanya dikenali sebagai 32988. Saya telah menjawab demgan sms 2 kali supaya memberhentikan hantaran sms tersebut tetapi masih juga dihantar. 
 
Saya juga telah menelifon nombor tersebut 2 kali tetapi nombor telefon sebenar yang diberikan oleh peti suara tidak tepat dan tidak dapat dihubungi. kemudian saya telah membuat aduan dengan CELCOM di talian 1111 pada 21.04.2010 supaya menolong agar pihak ketiga yang menghantarkan sms dan caj tersebut diberhentikan serta merta. 
 
Hingga hari ini saya masih menerima sms dan caj tersebut. Pada hemat saya walaupun jumlahnya kecil, tetapi berterusan dan perbuatan tersebut adalah haram dari segi undang-undang dan agama kerana ia tidak mendapat kebenaran dan tidak pun ada apa-apa kontrek persetujuan. Ini adalah suatu penganiayaan. 
 
Saya percaya mungkin ada pengguna telefon bimbit lain juga menjadi mangsa yang sama. Saya berharap agar PPIM dapat menyiasan perkara ini supaya para pengguna tidak teraniaya oleh pihak yang tidak dapat dikenali atas nama agama (waktu solat). Wassalam, Terima kasih, 
 
Abd.Rasid H.P 019 315 7001

U MOBILE PENCEKEK

saya pernah jadi pengguna U-mobile broad band dalam tahun 2008 selama beberapa bulan.tetapi kerana masalah talian yg amat lemah menyebabkan saya terpaksa mencabut dan memasang semula usb pc berulang2 menyebabkan bahagian lubang usb pada device telah tenggelam dan menyebabkan .saya cuba beberapa kali menghubungi pihak u-mobile tetapi kesukaran untuk berurusan menyebabkan saya membeli broduk broadband yg lain.masalah saya adalah tiba2 saya di beri surat peguam oleh pihak u-mobile untuk membayar bil tunggakan sebanyak rm1500 sedangkan bill tunggakan hanya rm700.saya akan memberi lebih butiran sekiranya kes saya ni boleh di bincang oleh pihak tua...sekian 
 
Kamar Mohamed Zaman <kmz_8817@yahoo.com>

DUHAI ASTRO

mohon persatuan melihat tentang penginayaan yang berlaku terhadap pengguna astro yang tetap perlu membayar penuh walaupun siaran tergaggu dalam bulan tersebut dik kerana hujan. Apakah tindakan undang-undang boleh di kenakan kepada pihak astro

mohd shukor mohd nor <mohdshukor71@gmail.com>

Khidmat Pelanggan biadap

Maxis menipu pengguna dan biadap terhadap pelanggan. Saya subscribe internet pakej 100MB/Month berharga RM18. Kalau saya pakai sebulan dan jumlah penggunaan just nice 100MB atau kurang saya hanya akan dikenakan RM18. Setelah 5 hari saya langgan, saya tak tahu berapa penggunaan semasa, dan takut terguna lebih dari 100MB, jadi saya telefon Maxis Hotline No. 123.. 
 
Sya tanya berapa kah yg telah saya guna? Mereka kata kami tidak boleh check, (saya tinggal pernah tinggal di Saudi, disana kita boleh menyemak bila2 masa sahaja, maxis masih mundur lagi dari segi fasiliti), jadi oleh krn tidak boleh check saya pun unsubscribe pakej setelah 5 hari guna.. nak tahu apa jadi..line saya kena bar, saya takleh nak call out... kenapa? saya dah kena charge RM250..ha ha ha..Menipu di siang hari.. 
 
Anda nak tahu kenapa? penggunaan kita akan di caj secara prorate..bererti 100MB/30 hari 3.3MB sahaja yang saya boleh guna sehari..ofkos lah saya guna lebih dari 3.3MB sehari.. ini menipu namanya..kalau kita guna sebulan baru RM18, atau kita ambil pelan yang paling mahal sekalipun bari seratus lebih... ini saya dicaj RM250 (maksimum capped).. Kita nak cek penggunaan semasa, takde sistem katanya..tapi bila dah lebih guna, ada pulak sistem nak bar line kita..ini lah namanya penipuan..dia ingat semua orang bodoh IT..
 
bila saya call kata nak tulis kat semua akhbar..operator nama Wahyu agaknya..terus putuskan talian..kan ke biadap namanya tu..saya demand dia mintak maaf, saya call semula, kawan2 operator dia kata dia dah try call saya 10 kali..sedangkan sekali pun hp sy tak berbunyi..ha ha.. memang biadap. Sampai bila Maxis nak untung dgn cara menipu orang macamni..dah lah Khidmat Pelanggan biadap..

Nor Ashraf <acopanim@gmail.com>

AWASSSSS

Awas..!! Pengguna handphone.Sindiket kononnya mereka dari pihak penyedia perkhidmatan (celcom, maxis, digi).Mereka akan maklumkan anda antara 3 pemenang terpilih dalam cabutan bertuah sebanyak RM3000. Mereka akan berusaha untuk mendapatkan nombor akaun @ cara untuk memberikan wang kepada anda..Sepatutnya kita yang mendapatkan pengesahan dari pihak penyedia perkhidmatan bukannya mereka yang menghubungi kita. Atau mereka akan menyuruh kita pergi ke cawangan terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut..

KENA BAYAR JUGA

nama : yeop tarmizi yeop akhil
tel : 013-9355434

"merujuk kepada surat tuan bertarikh 20 oktober 2010 berkait perkara diatas, saya ingin memaklumkan kepada tuan bahawa saya telah membuat rayuan kepada pihak celcom mobile sdn bhd dala surat saya bertarikh 3 mei 2010 salinannya disertakan. namun begitu ianya tidak mendapat apa2 respon daripada mereka sehingga kini.

saya telah menjelaskan bahawa saya yidak dapat menggunakan talian telefon 0139355434 itu oleh kerana disekat. namun sms dari syarikat yang tidak bertanggung jawab itu terus dihantar ke telefon tersebut. dan dicajkan ke bil saya.saya tidak rla membayar satu sen pun atas apa yang saya tidak gunakan dan langgan. 
 

NOTIS KENA BAYAR

Nama : Rasli bin Ismail
no tel : 013-3401381

Saya seperti nama diatas ingin membuat aduan dan meminta bantuan dari ppim untuk bantu saya menghadapi permasalahan ini. saya telah mendapat notis pembayaran keatas no maxis (012-2616142) sebanyak 766.90 ringgit. untuk makluman saya hanya menggunakan nombor celcom sahaja dan tidak pernah menerima apa2 bil / notis dari syarikat maxis . jadi, saya harap dapatlah kiranya pihak ppim menyelesaikan permasalahan ini.

kerajaan guna aplikasi yahudi

saya melahirkn rasa kurang senang terhadapa sesetengah syarikat yang mengambil bhagian dalam tender telekom malaysia baru2 ini yang membawa aplikasi peer2peer dari israel iaitu PEERAPP untuk mereka bentuk membekal dan memasang web cache bagi kegunaan dan kemudahan internet yang akan dinikmati oleh berjuta rakyat malaysia.

apakah polisi kerajaan malaysia amnya dan tm khususnya terhadap barangan buatan rejim zionis ini untuk memasuki pekhidmatan telekomunikasi negara dan pada masa yang sama ianya juga secara tidak langsung mengancam sistem keselamatan negara. apa gunanya jika tindakan boikot dan kutukan yang berada di ruangan internet sedangkan ini adalah ciptaan mereka sendiri. ia juga berupaya merubah segala data didalamnya, adakah tm terlepas pandang atau hanya ingin mengaut untung semata2?

PENGSAN DAPAT BIL

Rujuk permohonan permindahan line telefon VP SCM 22/7 No. 7  bertarikh 03 Jun 2008 dari alamat 6-5-4 Gugusan Siantan. Seksyen 5 Kota Damansara. 47810 Petaling Jaya ke alamat No. 12 Jalan DC 2/3 Desa Coalfields. 47000 Sungai Buloh. 
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan permindahan tersebut telah berjaya dibuat pada  23 Dec 2009. 
 
Amat mendukacitakan dari tarikh permohonan 03 Jun 2008 hingga 23 Dec 2009 saya telah dikenakan serta membayar bil bulanan sebanyak RM530.00 walaupun kemudahan line telefon tidak disediakan oleh pihak TM.
 
 
Sekian terima kasih
 
<yusri.mohamad.yusop@gmail.com>

LAGI-LAGI WIMAX

Akaun No : 102044930
Nama Pemegang Akaun : Asnita bt Mahad
 
Masalah Sambungan dan Signal Yang Lemah
Saya mengalami gangguan perkhidmatan yang terpaksa di lalui setiap hari dan setiap masa.Saya juga telah mengikuti arahan agar modem di letakkan di tepi tingkap yang  terbuka.Sekarang saya bukan lagi menempatkan modem di tepi tingkap , tetapi saya telah meletak modem tersebut di luar tingkap.Masalahnya masih sama.Sambungan masih terlalu lemah dan sering terputus-putus, kadang-kadang  terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk mendapat sambungan.

Saya tidak membuat bayaran kepada pihak P1 untuk mendengar cerita “masalah teknikal” yang selalunya di ceritakan oleh bahagian Customer Service.Saya juga tidak melakukan pembayaran kepada pihak P1 untuk melihat skrin komputer yang kosong akibat masalah “connection”yang sering sahaja menunjukkan signal merah.Signal hijau cuma sempat di nikmati ketika tempoh percubaan 7 hari yang di berikan, setelah membuat bayaran untuk bulan pertama, signal hijau tadi sering bertukar ke signal merah, kadang-kadang kuning dan jarang sekali melihat signal hijau.Aneh.Kenapa signal merah dan kuning tidak pernah muncul ketika tempoh percubaan dulu?

Jika benar P1 mengalami masalah teknikal, itu sebenarnya bukan masalah saya.Saya bayar untuk perkhidmatan.Kenapa tanpa segan iklan gah di kaca televisyen meminta agar “di potong”perkhidmatan dari syarikat lain jika P1 sendiri sebenarnya harus “di potong”? Sidang media bergegar, di jemput wartawan dan di terangkan segala kehebatan, di sembunyikan keburukan.Setelah pengguna seperti saya terhasut, lalu mendaftar, maka bencana pun tiba.

Saya bayar dengan wang yang di cari dengan melakukan pekerjaan, bukannya wang dari Magnum dan Sport Toto.Sebagai pengguna, saya berhak mendapat perkhidmatan mengikut bayaran yang di lakukan.

Pada petugas yang membaca email ini, anda sebenarnya kuli saya.Saya boss anda dan boss anda juga adalah pekerja saya.Saya membuat bayaran.Tanpa saya dan pengguna lain, anda dan boss anda juga akan mencari nafkah di kilang sebagai operator pengeluaran atau buruh bawahan tukang mengangkat beban.
 
Kepada pihak persatuan pengguna,
Masalah ini tidak melibatkkan wang jutaan ringgit.Masalah ini juga  tidak melibatkan pemimpin yang mempunyai kemegahan nama.Sekarang, terpulang kepada pihak persatuan untuk membantu jika suka.Yang di tipu bukan juga duit poket atau saudara pihak persatuan, yang di tipu mereka adalah duit saya, seorang rakyat Malaysia yang di beri kad pengenalan yang sama bentuk dan warna seperti kad pengenalan ahli persatuan pengguna semua.
Terima kasih

b/p : Asnita bt Mahad
Shahrulnizam Abd Hamid
Tel No : 012-3943467

GORES DAN KALAH

Salam tuan ,

saya khairul ,saya hendak bertanye bagi pihak kawan saya yg baru sahaja kene tipu dengan wang sebanyak RM1000 dan hampir ditipu sebanyak RM8000. Kejadian ini berlaku di tesco selayang. Seseorang datang kepada die dengan membawa kad cabutan bertuah dan disuruh untuk memilih kad tersebut dan selepas itu:

Kita buka kad, kalau dapat perkataan " Terima kasih"- tak ada apa-apa hadiah. Kalau dapat perkataan "Special Gift"- mereka akan bawa kita ke head office.
Mereka akan menunjukkan pelbagai info tentang peraduan ini. Mereka menunjukkan gambar2 orang telah menang dan dapat hadiah cabutan bertuah ini bagi meyakinkan orang.

Kad yang telah dipilih tu kemudian lihat mendapat voucher untuk membali-belah ditesco tetapi sebelum mendapat hadiah tersebut customer kene ikut pergi ke opis mereka di kepong yang terletak bertentangan dengan jusco kepong. disana mereka scan lagi kad tu dan mereka ckp boleh menang kereta toyata tetapi kene bayar RM8000 dahulu. 

Mereka telah menyuruh rakan saya untuk membuat loan di easyRHB bagi membayar RM8000 tersebut. Mereka seboleh-bolehnya memujuk untuk membayar duit tersebut segera dengan alasan urgent dan tidak boleh tunggu lama2. kemudian kawan saya buat loan di easyRHB tapi nasib bek duit xleh disburst mlm tu. Tidak cukup dengan sebab mereka tidak dapat duit.mereka memujuk untuk bayar RM 1000 bagi deposit untuk cabutan bertuah td. So kawan saya pn bayar dan tanpa diberikan resit dengan alasan resit akan diberikan selepas pembayaran penuh dibuat. Selepas bayar kawan saya balik ke rumah dan baru tersedar terasa ditipu..

Pada keesokan hari nya kawan saya memang bercadang untuk ke syarikat di kepong itu untuk meminta wang balik. sebelum pergi ke syarikat itu. kawan saya telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dan membuat report,and then pihak polis telah melaporkan perkara tersebut kepada Pegawai Tribunal rayuan pengguna untuk di buat siasatan. Masalah yang dihadapi ,Tribual Rayuan Pengguna tidak boleh membuat penyiasatan kerana kawan saya tidak mempunya nama dan alamat company yang di syaki itu. Memang kawan saya telah pergi ke company itu pada mlm kejadian. 

company itu agak pelik, nama company tidak ada samada diluar ataupn didalam opis .company berada di tingkat 3 lot bangunan kedai.mempunyai banyak cctv di luar dan didalam opis.sesiapa yg masuk didalam opis itu tudak dibenarkan menggunakan telepon. agak meragukan jika dilihat keadaan ini.
Selepas melapor pada polis, kawan saya telah pergi ke company tersebut dan berjumpe dengan 3 orang pekerja company itu. mereka mengajak kwn saya naik opis, tetapi beliau tak nak naik kerana opis tersebut meragukan. kwn saya telah bg tahu pekerja company tersebut untuk mengambil duit deposit yang telah diberikan. tetapi mereka seperti memaksa kwan saya untuk berurusan di opis. kwn saya ckcp dengan mereka'kami tidak akan naik'. mereka cakap kalau betol nak duit kene naik atas.
kawan saya memang berasa tidak sedap hati tentang perkara ini. maklumat2 peribadi dan keluarga,salinan ic semua kwan saya dh beri pada meraka. kawan saya berasa takut akan keselamatan diri dan keluarga.

Saya ingin mendapat kan pendapat tuan tentang perkara ini. saya x brani untuk menemani kawan saya pergi ke opis tersebut untuk mengambil wang balik kerana opis mereka memang meragukan dgn cctv yang banyak di tingkat atas dan tingkat bawah serta didalam opis. pekerja2 meraka akan marah jika kwn saya ingin bincang berkaitan duit tersebut di tingkat bawah company tersebut. Pada pendapat tuan apa yang perlu saya lakukan?saya pun risau ramai orang lain jadi mangsa mereka.


yang benar,
khairul

JALUR LEBAR MACAM SEMPIT

Salam sejahtera,

Ini adalah respon kedua saya setelah tiada tindakan kukuh dilakukan hingga kini.
Sampai bila saya harus menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar yang lebih stabil di taman perumahan saya?

Rakan saya yang duduk pendalaman & sekali mendaftar bersama saya telah mendapat perkhidmatan tersebut.
Adalah amat memalukan dimana saya membeli rumah dikawasan perbandaran Bentong yang mana taman saya tidak jauh dari ibu sawat Telekom tetapi tidak mempunyai
jalur lebar?
 
Jika anda mahu gambar sebai bukti,saya boleh sertakan dalam emel kemudian.
Adakah ini dinamakan Insentif Jalur lebar Nasional yang gah dicanangkan dahulu?

Adakah impian Dato Seri Najib tercapai jika untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar yang stabil memerlukan masa yang lama untuk memasang tiang dikawasan bandar besar?

Ya,saya memang mampu melanggan semua pembekal jalur lebar lain seperti sakarang yang mana saya mengunakan Celcom broadband TETAPI perkhidmatan dari pembekal ini tidaklah sehebat mana & hanya indah khabar dari rupa.Saya turut menghubungi pembekal seperti Jaring.Net namun di Bentong ia tidak menyediakan perkhidmatan yang stabil.

Lantaran itulah saya ingin menukar kepada perkhidmatan anda kerana saya tidak mempunyai pilihan untuk internet yang lebih stabil,itu sahaja.
Sila beri perhatian terhadap aduan saya ini & kerjasama amatlah diucapkan terima kasih.

Yang benar,

Mohd Elyas
725,Lorong Bentong Makmur 27,Taman Bentong Makmur,28700 Bentong Pahang.
 
 

Wednesday, 12 October 2011

P1 Wimax Tipu...

Salam/Good Day,

Saya Mohd Fuad Bin Sanusi bernombor kad pengenalan 870112-14-5407 ingin membuat aduan tentang perkhidmatan yang pihak syarikat (P1 Wimax) berikan. Sila amati jalan cerita di bawah:-

Pada 22/09/2010 (Rabu), saya melayari laman web http://www.p1.com.my untuk melihat plan atau pakej yang P1 sediakan. Lalu saya klik Sales Chat dan pada ketika itu Mr Edmund Tan melayani saya di dalam sales chat itu (Lihat lampiran skrip chat saya).

Permasalahan timbul apabila barang yang saya order masih belum sampai. Saya di beritahu oleh Pegawai Khidmat Pelanggan yang saya hubungi pada 24/09/2010 & 27/09/2010, setiap penghantaran mengambil masa 3 hari. Untuk pengetahuan saya membuat pesanan pada 22/09/2010. Pada 24/09/2010, datang seorang perempuan dari syarikat kurier iaitu Airpark Worldwide Express kerumah untuk menghantar pesanan, namun beliau tidak menghubungi saya atau orang lain (seperti yang saya maklumkan kepada Mr Edmund di dalam Sales chat pada hari saya membuat pesanan). Lalu wakil dari syarikat kurier itu pulang tanpa memberikan barang pesanan saya kerana masalah dokumen sokongan (salinan IC saya tidak disertakan). 

Persoalan saya, Mengapa tidak tinggalkan sebarang nombor untuk saya hubungi? Jika lihat lampiran skrip Sales Chat saya bersama Mr Edmund, saya ada bertanya nombor yang boleh saya hubungi untuk semak status penghantaran, namun Mr Edmund tidak memberikan.

Pada hari ini 27/09/2010, Seorang lelaki (wakil dari syarikat kurier) menghantar barang pesanan saya setelah saya membuat aduan melalui Pegawai Khidmat Pelanggan P1 Wimax (Customer report no.C-211690) di sebelah pagi pada hari yang sama. Namun barang yang di hantar hanyalah device P1 Wiggy sahaja. Jika semak kembali skrip saya di sales chat bersama Mr Edmund sepatutnya barang yang di hantar adalah P1 Wimax + IT Travel Kit.

Persoalan saya, jika amati skrip Sales Chat saya bersama Mr Edmund, saya merancang untuk membeli pada cukup bulan namun apabila Mr Edmund mengatakan:-

Me: is there any nearest authorised reseller or i just can order online?

Edmund Tan [agent]: u cango to reseller there and buy but u wont able to get the hfree gift from them because free gift only exclusive for online chat rm100 upfront you can pay by credit/debit card

Me: the promotion until when? other than debit/credit card? can i pay thru maybank2u.com?

Edmund Tan: travel kit while stock last

Lalu saya bersetuju untuk membeli melalui atas talian. Tapi apabila barang di hantar, lain jadinya.

Saya mohon tindakan segera pihak yang berkenaan. Saya mohon barang yang di janjikan IT Travel Kit di serahkan seperti yang dijanjikan serta saya mahu tindakan yang sewajarnya kepada yang berkenaan agar perkara ini tidak berulang.

Sekian,

Terima Kasih.

U Mobile

nama : mohammad ammar
tel : 013-4472991

aduan mengenai u mobile, berdaftar di masjid india dan menyatakan pendaftaran tersebut adalah percuma, pernah mengaktifkan tetapi line an eror. jadi tidak pernah menggunakannya lagi saya juga telah mengisi borang block untuk nombor tersebut, tetapi paa 13 februari 2010 saya masih menerima notis untuk membayar pada agensi pemungut hutang yang di lantik oleh u mobile (shariq partners) nama pegawai : mr. nordin (019-6916549)

celcom ejen yahudi?

salam saudaraku,

terpanggil saya untuk memberitahu akan perihal sebenar syarikat telekomunikasi negara kepunyaan anak syarikat telekom atau axiata yang melantik ejensi pengiklanan YAHUDI iaitu M&C Saatchi (sila cek dengan wikipedia atau taip je m&c saatchi dan saat&saatchi worldwide untuk mengetahui siapa dia MAURICE CHARLES SAATCHI) saya sendiri pernah berkerja dengan saatchi&saatchi dari tahun 2000 hingga 2004, saya tinggalkan sebabnya ialah syarikat yahudi. anda akan dapat jawapanya. kalau nak boikot biar boikot semua jangan persendakan rakyat dengan boikot didepan sokong yahudi dibelakang. secara tak langsung CELCOM adalah EJEN yahudi. jadi macammana? boikot celcom? telekom?

seperkara lagi ramai orang melayu yang beragama islam bekerja dengan yahudi di M&C SAATCHI termasuklah seorang rakan kongsi tempatan yang ada kedudukan...darah raja...datuk ke datin plak tu. ada 30% share...

bagaimana yahudi bertapak didepan hidung? yang jauh sana duk di kecohkan.

minta isu ini dapat perhatian secepat sebelum tersebar

wasalam
--
azizi osman.
 
azizi osman osman <azizi.advance@gmail.com>

Maxis need to take some time on this matter

Dear Maxis,

Proudly to say that I am one of your loyal customer. It is amazing how maxis are able to become one of the leader in telco businesses. I do believe that in order for you to achieve this, you must have 3 main ingredients which is working hard, brilliant strategy and great employees.

You have amazingly capture Malaysia market and now heading towards globalization. It is great and i am proud to be Malaysian. Malaysia, a country of unity between different culture, races and religion. That is when our Prime Minister comes out with the 1 Malaysia slogan, simple but meaningful.

However, sadly to say, there is a few things need to be corrected as soon as possible. This are from my experience through this last 2 weeks as i have returning cases with your center and made some contacts with your consultant in the center.

This are the story:

I was learnt that some of your maxis center disapprove to letting go your employee on friday prayer break. Some are told that they need to perform their Friday prayer once in a 2 weeks although it is compulsory for the friday prayer to be perform on every friday. However, some have no issue in letting their staff to go, depending on their manager.

It is quite shocking that a Malaysia corporate company is doing this. This is Malaysia, customer do understand if the agent at the center is not enough on friday prayer time. They do!

I really hope that there is something that you can do to correct this. Proper guideline need to be given to all Maxis center manager so that this will not happen again.

Ghg Cc <starparkbag@yahoo.com>

Astro Lembab

salam

saya pemegang akaun 0847558757 telah membuat panggilan ke nombor astro 1300823838 dari jam 2.30ptg hingga kini 2.44ptg bagi menyambungkan semula akaun sy yang telah dipotong, masih lagi tidak disambung kepada mana operator walaupun saya telah mengikut semua peraturan yang diberi. Walaupun operator telah menyebut bahawa talian anda sedang disambung,namun talian tersebut hanya senyap.

Kaedah yang sangat LEMBAP dan tidak MESRA PENGGUNA ini menyusahkan dan membebankan pengguna dari segi masa dan wang.

Untuk makluman saya telah membayar RM 50 bagi penyambungan tersebut melalui CIMB clicks, no rujukan 89976504.

HARAP AGAR ADUAN SAYA INI DILAYAN SECEPAT MUNGKIN MEMANDANGKAN TALIAN PANAS ANDA ADALAH YANG PALING LEMBAP SETAKAT INI.

SEKIAN.



faedzah fuad <faedzahfuad@yahoo.com>

Digi Macam Biji

SYKT TELCO ALONG BERLESEN 

ADUAN SAYA ADALAH KENAPA PENGGUNA HARUS MEMBAYAR YURAN BULANAN SEDANGKAN PERKHIDMATAN TELAH \"DISEKAT/BLOK\".. MALAH KAKITANGAN KAUNTER DiGI YANG SAYA TEMUI KATA INI ADALAH KOMITMEN PENGGUNA SETELAH SIGN SEBAGAI PENGGUNA.

SY BERPENDAPAT SYKT TELCO SEPATUTNYA HANYA MENGUTIP INTEREST KEPADA BIL TERTUNGGAK DAN BUKANNYA MEMBEBANKAN PENGGUNA UNTUK MEMBAYAR BIL PENUH DAN MUNGKIN ADA DISKAUN YANG KABUR YG DIBERI UNTUK MENUTUP KERAKUSAN SYKT TELCO... SY HARAP PERHATIAN DARI PPIM DALAM PERKARA INI..DARI PENGGUNA KECEWA

Mohd Hisam <hisam.oxford@hotmail.com>


Tolong ! ASS TRO Ugut Saya

Salam Sejahtera,

Saya Rakyat Malaysia bernama Mohd Azizan Kader Asna, telah potong ASTRO tahun 2009 dgn memberitahu Astro helpdesk number. Saya pohon potong sebab lesen yg diberi MCMC pada mereka sangat BESAR- iaitu term and condition mereka suka2 boleh pinda ASTRO pricing atau program bila-bila masa. Dalam pada ini ASTRO juga tiada link button ' Unsubscribe' services dalam web mereka. Astro terus saja pasang perangkap dgn berterusan keluar bil.

Selepas berhenti sendiri service , beberapa kali, saya masih dapat surat tuntut dari astro.. Tapi pada 12:08 hari ini 02 July 2010, seorang bertelo India dgn biadap tanpa mahu perkenal diri dari number 0127232739 telah memanggil dan ugut saya utk bayar RM138.00. Saya minta beliau perkenal diri tapi beliau berkata: "takpa!!!, awak tunggu rumah". Saya terasa amat takut dan membuat lapuran ini. Apakah saya patut buat lapuran polis juga?

Pihak SKMM bertanggung jawap untuk membantu saya dgn serious dan cepat dalam perkara ini.

azizan
 
 

P1 Wimax

No siri : A1101018-18
Nama : Ahmad Ghaznawi bin Ghazali

Aduan : Saya pengguna P1 Wimax account no 101635555 from july 2009, pada peringkat permulaan services yang tidak begitu baik setelah membuat aduan tiada tindakan pembaikan dibuat dan modem saya tidak boleh digunakan tetapi bill tetap di charge sehingga kehari ini dan masih di charge  walaupun tidak boleh digunakan kenapa masih dicharge walaupun tak boleh digunakan..

Bayaran Tambahan Bil Jalur Lebar

No Siri : A1101011-11
Nama : Shahrun Nizam bin Shahrir

Aduan: Dimaklumkan bahawa saya dikenakan bayaran tambahan cetakan bil sebanyak RM 2.00 bagi setiap kali bil jalur lebar dihantar secara pos ke rumah sejak beberapa bulan ini. Pada waktu belian dan bulan-bulan awal perkhidmatan jalur lebar tidak memaklumkan tentang bayaran tambahan bagi cetakan bil yang dihantar ke rumah. Jadi, sejak beberapa bulan awal tahun 2010, saya tidak dikenakan apa-apa bayaran tambahan. Saya memohon jasa baik tuan untuk membuat bantahan dan menghapuskan bayaran tambahan bagi cetakan bil jalur lebar tersebut kerana ianya membebankan pengguna seperti saya.

sekian dan harap maklum.

terimakasih.

yang benar

Sharun Nizam bin Shahrir

No Ring Tone

To whom it may concern.

Address :No 13 Jln Melor 5 , BB3, Bandar bukit beruntung , Rawang , Selangor.

Tel no :03-60285466

I have a fix line telephone since 2007. Unfortunately, lately (since previous 6~7 month) my 'home line' cannot be reliable anymore.

At the beginning , the line will disconnect whenever it raining, but the condition were getting worse, the line will "disappear" one day after the complaint made.

Luckily, nowadays peoples are not relying on the fix line. Telecom suppose to be more reliable and efficient since you are the pioneer in the Malaysia telecommunication business.

This is my 5th complaint, the previous complaint were not entertain well .Your contractor just check and repair - without thinking the problem might occur again, thus , no permanent countermeasure were taken and then the problem keep on repeating, in my industry , we call it "fire fighting". Please instruct your contractor to find the root cause of the problem and do the right action .

CELCOM Broadband

Assalamualaikum,

Berikut adalah pengalaman saya menggunakan CELCOM Broadband Weekly

Untuk subscribe:

hantar SMS : Broadband Weekly to 28882
SMS terima: Reply YES to activate
hantar SMS: Broadband YES.

Selepas saya reply YES maka saya connect henfon ke PC utk internet.

Rupa2nya bil saya bulan ini utk 3G charges saja adalah RM103.4
Setelah dibuat aduan ke CELCOM dia kata En telah connect hanphone 2 minit awal sebelum sistem kami activate Broadband Weekly.

Penggunaan: Start 6:35 pagi
Sistem Activate : 6:37 pagi

Dan RM18 broadband weekly telah di caj.Utk guna 2 minit internet kena caj RM103.4. Bayangkan kalau sistem ada delay mcm ni utk 2 jam kaa.Atau tak go thru. Tak kaa beribu nak kena bayar. RM0.10 utk 10kb pay per use.

Sesiapa yg kerja CELCOM tu tolong laa insaf jgn tipu customer.
No akaun CELCOM saya: 93085600
No akuan SKMM : 0607/01/11

Diharap pengguna lain berhati2.
Wassalam.