Friday, 4 November 2011

BARU TERSEDAR SEKEJAP SAHAJA DAN KINI BERSABUNG NYAWA SEMULA



Kunjungan terkini pagi ini mendapati En Suradi yang baru tersedar dari koma mengalami komplikasi dalaman dan kini sedang bertarung nyawa. Para doktor dan pembantu rawatan sedang berusaha membantu sedaya upaya menyelamatkan beliau.

Thursday, 3 November 2011

CRTF LAUNCHED


 
CHASE UNTIL WE GET IT

Sudah jatuh ditimpa tangga..

Pagi ini kami mendapat maklumat bahawa saudara Suradi Darius yang dipenjara kerana kegagalan membayar RM 150 baki bayaran kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (Atau dalam bahasa korporatnya MdI) telah ditimpa kemalangan kemungkinan langgar lari dalam perjalanannya pulang dari tempat kerja lebih kurang jam 8.30 malam semalam.

Mengikut laporan aktivis kami yang telah melawatnya, kedaannya masih koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Klang. Keadaan beliau agak parah kerana kecederaan di kepala, luka di dalam perut dan dada.

Ahli keluarganya melahirkan perasaan yang amat sedih kerana pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini. Kami juga sempat berinteraksi secara langsung bersama isteri beliau, Puan Rosnah melalui slot Klinik Pengguna di Radio 24 tengahari tadi.

Marilah kita bersama berdoa semoga keluarga ini terus sabar, tabah dan redha dengan ujian ini dan semoga Suradi sedar dari koma dan sembuh.