Thursday, 17 November 2011

ADUAN TENTANG PENIPUAN CABUTAN BERTUAH GORES DANAU DESA

YAP
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70x JALAN KERAMAT HUJUNG,
54000 BUKIT KERAMAT,
KUALA LUMPUR.
23/11/11

Tuan,

ADUAN TENTANG PENIPUAN CABUTAN BERTUAH GORES

Merujuk perkara di atas, saya Yap  seorang pelajar dari IPTS ingin menuntut
kerugian. Saya telah ditipu oleh Syarikat E-Agent Service Enterprise sebanyak RM5000.

2. Pada 5/10/2011 jam lebih kurang 12pm bertempat di KL Sentral, KL saya didatangi
oleh seorang jurujual menyuruh saya menggores cabutan bertuah gores dan menang. Saya
bersama dengan dia menaiki teksi ke pejabat mereka terletak di Taman Danau Desa. Dia
telah menerangkan langkah-langkah untuk mendapatkan hadiah. Hadiah tersebut ada kereta
Toyota Camry, Plasma TV ‘42’set ,tilam jade dan tiket pelancongan ke Jepun & Australia
(x2).

3. Jurujual itu meminta saya membayar RM 7600 sebagai cukai kerajaan. Tetapi, saya hanya
mampu bayar RM5000 dan jurujual itu membantu saya bayar RM 2600 dahulu. Saya dan
jurujual itu membuat satu perjanjian dalam ‘black & white’. Kemudian, saya mengeluarkan
wang tunai sebanyak RM5000. Selepas saya membayar RM5000, mereka berkata saya
mendapatkan tilam jade yang bernilai RM10, 000 hingga RM 16,000. Apabila saya nampak
hadiah tilam jade dan Nano Digital Store, saya mendapati barang itu hanya bernilai beberapa
ratus ringgit sahaja. Saya cuba meminta balik RM 5000 yang telah membayar, tetapi mereka
menolak permintaan saya. Tambahan pula, jurujual itu berjanji dengan saya akan menjual
tilam jade itu dalam tempoh seminggu dari 5/10/2011

4.Maklumat tempat kerja penipu yang tepat itu ialah No 5-8 JLN 3/109F Taman Danau
Desa 58100 Kuala Lumpur jika tidak ada kesilapan. Salah satu penipu adalah berumur 17
tahun tinggal di Taman Tangkak Jaya, 84900 Tangkak , Johor yang bernama Chang…

Akhir kata, saya berharap memahami masalah saya kerana saya tidak mampu menanggung
kos pelajaran di IPT. Saya harap aduan saya ini dapat dibalas secepat mungkin.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

YAP K C
(Pelajar Institut Pengajian tinggi swasta)

PENYALAHGUNAAN KUASA OLEH STAF AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD

Norma binti Shukor
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves

                                                                                           4hb November 2011
Cik Nor Nadia Ahmad Zulkifli
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
50480 Kuala Lumpur

Tuan

KOMPLEN PENYALAHGUNAAN KUASA OLEH STAF AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD

Merujuk kepada surat AEON 08300/Nov11/CVU/OMD bertarikh 1hb November 2011.

AEON menggunakan AKTA mana untuk membolehkan Welly Assorted Sdn Bhd mengambil geran motor saya?
Setahu saya perjanjian untuk cuma membenarkan AEON menyimpan geran motor tersebut dan dengan surat serahkuasa daripada saya 
barulah pihak AEON boleh meyerahkan geran tersebut.

Tidak ada permohonan/pemberitahuan dari AEON kepada saya untuk transaksi ini. Terdapat perlanggaran perjanjian di sini dan nyata sekali
pihak AEON tidak amanah dengan pelanggannya.

Saya pernah ada pinjaman kereta dengan pihak bank/finance dan perkara begini tidak pernah berlaku.

Pihak Bank Negara perlu bertindak tegas dan mendenda mereka.

Contohnya bila pinjaman tidak dibayar selama 2 bulan sudah tentunya geran tidak akan diserahkan kepada pemilik dan jika pihak ketiga
(Welly Assorted Sdn Bhd) simpan geran mereka tentunya diberitahu oleh AEON, maknanya terjadilah BAFIA disini.

Perkara haruslah dipandang serious oleh Bank Negara Malaysia.


Terima kasih


Yang benar
Norma Shukor

sk: Ketua Setiausaha Negara Malysia
      Putrajaya

      Persatuan Pengguna Islam Malaysia
      Keramat

      Biro Pengaduan Awam Malaysia
      Putrajaya

SYARIKAT "PENIPU" GORES DAN MENANG DI SERBU MANGSA

KENYATAAN MEDIA
‘BUKU BERTEMU RUAS’
SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA

16/11/11-Kepong : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Syarikat gores dan menang telah ditumpaskan kerana sewenang-wenangnya menipu pengguna. Oleh kerana berleluasanya aktiviti mereka, kebanyakan mangsa sudah puas bersabar. Kemungkinan mangsa adalah ‘ahli keluarga gangster’.

Agaknya inilah yang berlaku apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama aktivis Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) pergi ke tempat kejadian untuk berbincang dan membuat tuntutan pengguna yang ditipu `menyaksikan satu pergaduhan.

Diharapkan, selepas ini tiada lagi mangsa akan terpedaya dengan kumpulan mereka ini.[END]



SAKSIKAN VIDEO SERBUAN