ADUAN 1
Subject: Astro Billing Period 29/05/12 - 28/06/12
Dear Sir / Madam,
I, M. Fadzil M. Atan, Account Number: 083703240-4 received your Astro Bill today 05/06/2012.
I paid my outstanding bill amounting RM116.60 to stop your Astro Serivce but the bill that I
received today shown that I still have outstanding amount due RM50/-.
Your customer service told me that I do not to pay this amount and it is already write off.
I would like to request the explanation from Astro, why RM50 still appear and why I still receive Astro Bill?
Your cooperation is highly appreicated.
Thank you.
M. Fadzil M. Atan
ADUAN 2
Berikut adalah email yang diposkan oleh saya sendiri ke
aduanskmm@cmc.gov.my, nccc@nccc.org.my, aduan@cfm.org.my,
info@muslimconsumer.org.my.
Salam dan Salam Sejahtera
Saya merupakan pelanggan astro No Akaun : 084940****.
Saya melanggan melalui promosi yang digembar-gemburkan sangat bagus
untuk pelanggan oleh kakitangan Astro pada tahun lepas semasa promosi di
Carrefour Wangsamaju. Menurut kata pegawai khidmat pelanggan, bahawa
pakej yang saya ambil ini, tidak akan melibatkan kontrak selama 2 tahun,
dan apa yang perlu saya buat ialah cuma membayar RM150.00 sebagai
charge permulaan.
Setelah hampir 1 tahun setengah, saya berpindah ke Subang dan
berhasrat untuk membawa sekali astro saya. Namun setelah pemasangan
dibuat, tiada siaran yang saya dapat dan saya menghubungi pihak astro
mengenai masalah yang saya hadapi. Selepas tidak dapat menyelesaikan
masalah saya, saya memberitahu, kalau tiada siaran, baik tutup sahaja
akaun saya.
Namun bulan lepas (saya tidak pasti tarikh tepat, June 2009)pihak
astro menghubungi saya mengenai bayaran tertunggak. Saya hairan, kenapa
dia meminta saya bayaran sedangkan saya tidak lagi mendapat siaran
astro selama 2 bulan dan saya telah kata padanya yang saya telah
memutuskan perkhidmatan astro.
Selepas itu saya anggap perkara itu telah selesai. Tetapi pada hari
ini 3 july 2009, saya mendapat panggillan lagi dari astro (03-74941666)
yang saya ada bayaran tertunggak. Saya bertambah hairan. Kenapa mereka
tidak kemaskini permintaan saya untuk menutup akaun saya? Kalau saya
tidak bayar 2 bulan dan siaran pun saya tidak dapat, buat apa saya perlu
bayar? pegawai berkenaan memberitahu bahawa saya hanya perlu
mengposkan smart card untuk menutup akaun saya dan menghubungi 1300 82
3838, dan terus saya hubungi customer care mereka untuk menutup akaun.
Kali ini saya terperanjat kerana, pihak astro menyatakan bahwa saya
mempunyai kontrak 2 tahun terhadap akaun saya. Terbukti nyata bahawa,
apa yang selama ini saya dengar dari pelbagai forum, bincang kedai kopi
dan maklumat dari rakan adalah benar, bahawa pihak astro banyak
bermain kata-kata manis dan berbohong kepada bakal pelanggannya yang
mana pakej yang dilanggan tidak mempunyai kontrak. Ia terjadi sendiri
kepada saya.
Apa yang lebih menarik ialah maklumat yang diberi juga bercanggah
sama sekali antara kakitangan mereka. sebagai contoh, pihak pegawai di
talian 0374941666 berkata saya hanya perlu mengposkan smart kad dan
menelefon customer care untuk tujuan pemotongan sahaja.
Akan tetapi bila saya menghubungi customer care care menyatakan BAHAWA
MEREKA TIDAK BOLEH MEMOTONG PERKHIMATAN SAYA DAN SAYA PERLU PERGI KE
PEJABAT MEREKA DI CHERAS DENGAN MEMBAWA DISHES DAN DMT BERSAMA SERTA
MEMBAYAR PENALTI SEBAB KONTREK KURANG DARI 2 TAHUN DAN JUGA MENJELASKAN
BAYARAN BULANAN TERTUNGGAK.
Bukankah asto merupakan syarikat yang hebat, dengan pelbagai
terknologi termaju ada padanya. malah mempunyai satelit sendiri. Perkara
yang sangat mudah untuk difahami – Jika pelanggan tidak membayar
langganan, semudah klik di komputer, mereka boleh batalkan perkhimatan
saya…dan jika saya perlu memulangkan segala peralatannya, pasti saya
akan pulangkan kerana tiada guna lagi peralatan tersebut untuk saya.
Saya berharap, pihak astro JANGAN LAGI MENJUAL JANJI PALSU DAN JANGAN LAGI BERBOHONG KEPADA BAKAL PELANGGAN. RAMAI TELAH TERTIPU. Saya ingin bertanya kepada astro, ADAKAH
ASTRO AKAN MEMULANGKAN WANG KEPADA PELANGGAN BILAMANA TIADA SIARAN
KETIKA HUJAN ATAU KEROSAKAN TEKNIKAL YANG MEREKA HADAPI SEDANGKAN
PELANGGAN MEMBAYAR SECARA BULANAN KEPADA ASTRO? Tidak perlu
berbohong untuk menjadi kaya. Tidak perlu perjanjian kontrak yang mana
menjerat pengguna. tidak perlu tipu daya untuk mendapat keuntungan
maksima. Secara jujur, walaupun jikamana saya terpaksa juga membayar
semua penipuan dari astro, JANJI SAYA SAYA TIDAK AKAN HALALKAN WANG TERSEBUT DUNIA DAN AKHIRAT.
No comments:
Post a Comment