Tanggungjawab Pengguna..
Pengguna tidak hanya harus mengadu dan membiarkan orang lain bertungkus-lumus menyelesaikannya. Sebaliknya pengguna mesti bertanggungjawab mencegah dan menghalang penipuan dan ketidakadilan dari terus berlaku. Pengguna mesti keluar dari sifat pasif menjadi aktif dan seterusnya proaktif. Pengguna bukan hanya menuding jari sebaliknya kena bersatu dan bertindak dengan agresif bagi mengekang kerakusan peniaga yang tidak menghormati hak-haknya.
Tidak kira di mana jua kita berada dan apa juga status kehidupan kita, kita semua adalah pengguna kerana kita membeli dan mengunakan perkhidmatan. Tiada ada sesiapa pun yang terkecuali daripada menjadi pengguna. Namun begitu, masih ramai yang berpendapat bahawa isu dan masalah pengguna adalah sesuatu yang tidak penting bagi mereka sehinggalah apabila mereka menghadapi sesuatu masalah.
Adakah semua pengguna mengetahui tentang lapan hak pengguna, misalnya hak untuk mendapatkan keperluan asas, mendapatkan keselamatan, mendapatkan maklumat, membuat pilihan, bersuara , mendapatkan ganti rugi, mendapatkan pendidikan pengguna dan akhirnya untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
Adakah semua pengguna mengetahui tentang lapan hak pengguna, misalnya hak untuk mendapatkan keperluan asas, mendapatkan keselamatan, mendapatkan maklumat, membuat pilihan, bersuara , mendapatkan ganti rugi, mendapatkan pendidikan pengguna dan akhirnya untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
Berdasarkan aduan yang sering diterima oleh PPIM, jelas menunjukkan bahawa banyak masalah yang dihadapi oleh pengadu tersebut, kegagalan mereka mengetahui tentang hak-hak dan tanggungjawab pengguna. Inilah masalah utama pengguna di Malaysia. Kebanyakannya tidak sedar akan kesilapan dan kecuaian mereka sendiri dan hanya mempersoalkan kesilapan peniaga sahaja.
Oleh itu, pengguna perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu kepenggunaan. Apabila mereka ini menjadi pengguna yang bijak dan lestari, maka mereka mampu untuk menangani masalah yang mungkin bakal mereka hadapi dan dapat bertindak dengan bijak. Pengetahuan seperti meneliti tarikh luput sesuatu barang, keadaan dan kualiti sebelum membawanya balik dan sebagainya, akan membantu mereka untuk menggunakan barang yang selamat. Di samping itu mereka juga perlu bertindak menegur penjual yang melakukan kecuaian.
Satu lagi kelemahan besar pengguna ialah kegagalan mereka untuk berkata, “Tidak” dan cepat mengambil keputusan membeli walaupun tidak mahukan perkhidmatan ataupun produk berkenaan. Akhirnya, selepas menandatangani suatu perjanjian atau kontrak perkhidmatan, mereka menghadapi banyak kesulitan untuk membatalkanya. Ini kerana sebarang perjanjian ataupun kontrak yang ditandatangani adalah sah di sisi undang undang.
Pengguna perlu sentiasa sedar bahawa hak untuk membuat pilihan adalah di tangan mereka sendiri. Hak tersebut perlu digunakan dengan berwaspada dan setiap keputusan yang dibuat harus dipikul bebannya. Sekiranya penjual yang memberikan layanan yang tidak memuaskan, tidak seperti yang dijanjikan, maka pengguna berhak untuk bersuara dan mendapatkan ganti rugi ataupun mendapat perlindungan yang sewajarnya!.
Kuasa Pengguna Di Tangga Kita, Bertindak Segera!!!
Terdapat lima tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pengguna bagi memperolehi hak mereka. Lima tanggungjawab tersebut adalah seperti berikut:
(a) Kesedaran Mengkritik
Pengguna mestilah disedarkan untuk lebih mengkritik tentang mutu dan nilai sesuatu barangan dan perkhidmatan. Ini bermakna jika didapati barangan yang diterima adalah dalam keadaan tidak sempurna, pengguna hendaklah jangan berdiam diri tetapi sebaliknya menyuarakan pendapat bagi mendapat barangan yang sempurna.
(b) Penglibatan dan Tindakan
Pengguna harus sentiasa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial yang menjaminkan kepentingan pengguna supaya tidak dicemar atau diabaikan dan mengambil tindakan dengan keyakinan yang berasaskan penyelidikan serta pengetahuan yang sempurna.
(c) Tanggungjawab Sosial
Pengguna mesti bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial dengan kewajipan dan bertimbang rasa supaya tindak tanduk mereka tidak akan menjejaskan golongan rakyat yang kurang bernasib baik mengenai hakikat ekonomi dan sosial yang sedia ada.
(d) Tanggungjawab Alam Semulajadi
Pengguna perlu kesedaran yang tinggi atas keputusan pengguna mengenai alam sekitar yang mesti dimajukan secara harmoni, menggalakkan keselarnatan alam sekitar dan bertindak untuk menahan kemunduran faktor yang penting ini bagi menjamin mutu kehidupan sekarang dan masa depan.
(e) Bersatupadu.
Tindakan yang paling berkesan bagi menghadapi sesuatu masalah ialah dengan semangat bekerjasama dan bersatupadu. Dengan semangat akan melahirkan kekuatan dan pengaruh supaya dapat perhatian ke atas kepentingan pengguna. Cara yang terbaik untuk bersatupadu ialah dengan melibatkan diri dalam persatuan-persatuan pengguna.